(Gambar)Tarikh Penutupan Bagi Pengundi Semakin Hampir…Sudahkah Anda Mendaftar??

by admin on March 29, 2012

in Berita Semasa,Keputusan Pilihan Raya 2012 Dan PRU 13

  • Sharebar

grey (Gambar)Tarikh Penutupan Bagi Pengundi Semakin Hampir...Sudahkah Anda Mendaftar??

Bagi mereka yang belum mendaftar mengundi marilah daftar sekarang sebelum terlambat… Setiap undi anda amatlah bermakna untuk menentukan wakil rakyat di tempat anda.. Hari pilihanraya semakin hampir biarpun ianya belum diumumkan secara rasmi.. Bahang pilihanraya sudah mula terasa dan ada wakil rakyat sudah mula turun padang bagi memancing undi…

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPTST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

“Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun ke atas.

Pada masa yang sama, Abdul Aziz berkata, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) iaitu proses pendaftaran dijalankan setiap hari manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali.

Sebarang penyemakan bagi mengetahui status anda layak untuk mengundi dan jika tidak mendaftar lagi bolehlah mendaftar di web site SPR..KLIK SINI>>>WEB SITE SPR

::P/S: Pilihlah wakil rakyat yang betul-betul boleh megubah nasib kita pada masa akan datang..

pixel (Gambar)Tarikh Penutupan Bagi Pengundi Semakin Hampir...Sudahkah Anda Mendaftar??

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: