(Gambar) Sejarah Bruce Lee Yang Jarang Dibongkarkan!!

by admin on September 20, 2011

in Gambar Sejarah

  • Sharebar

bruce lee (Gambar) Sejarah Bruce Lee Yang Jarang Dibongkarkan!!

Siapa yang kat sini yang tidak mengenali Bruce Lee? Seorang pencetus seni mempertahankan diri yang cukup unik dengan mengamalkan corak pertarungan bebas yang mana merupakan hasil ciptaannya sendiri. Berikut ada beberapa fakta mengenai sejarah hidup Bruce Lee yang jarang dipaparkan kepada umum. Antaranya ialah :

1. Bruce Lee sebenarnya mempunyai kecacatan di bahagian “bawah” yang mana sebelah kakinya panjang dan memiliki testis (telur) yang besar sebelah

2. Kalau diikutkan Bruce Lee ini sebenarnya memakai cermin maya yang cukup tebal tetapi akhirnya beliau telah menggunakan “contact lens”. Rupa-rupanya zaman dahulu pun dah ada bendaalah ini ya….

bruce lee2 (Gambar) Sejarah Bruce Lee Yang Jarang Dibongkarkan!!

 3. Bruce Lee bukanlah 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran darah Chinese & German. Jadi, bruce Lee ini pun ada celupnya juga

4. Kalau nak dicerita mengenai penangan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 detik dari jarak sekitar 1 meter ke sasaran musuhnya. Ada berani?

bruce lee3 (Gambar) Sejarah Bruce Lee Yang Jarang Dibongkarkan!!

5. Bruce Lee seorang yang sangat kuat berdasarkan saiz ukurannya yang mana beliau mampu melakukan pull up 50 kali dengan hanya satu tangan sahaja tangan.

bruce lee4 (Gambar) Sejarah Bruce Lee Yang Jarang Dibongkarkan!!

6. Bruce Lee juga dapat melakukan push up dengan hanya menggunakan 2 jari sahaja.

bruce lee5 (Gambar) Sejarah Bruce Lee Yang Jarang Dibongkarkan!!

7. Pada umur 13 tahun Bruce Lee telah berguru dengan Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada waktu itu Bruce Lee mempunyai geng yang tersendiri. Jadi beliau terfikir apa akan jadi kepadanya apabila kawan-kawannya tidak bersama dengannya jika beliau diserang ramai-ramai.

8. Ada tiga murid Bruce Lee yang pernah menang dalam World Karate Champion iaitu Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.

9. Di Amerika Bruce Lee telah mengajar kung fu yang terbuka kepada semua orang tanpa pilih-pilih, dan disebabkan tindakan Bruce Lee itulah pertubuhan perguruan kung fu yang lain telah marah kepadanya dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada pertubuhan yang seni mempertahankan diri yang lain

bruce lee7 (Gambar) Sejarah Bruce Lee Yang Jarang Dibongkarkan!!

10. Bruce Lee pernah cedera di bahagian tulang belakang dan selama istirahat selama 6 bulan, beliau telah menghasilkan buku bertajuk “Tao of Jeet Kune Do” yang telah menjadi best seller.

P/S : Siapa yang ada terbaca maklumat sejarah hidup atau kematian Bruce Lee yang tiada di sini, bolehlah berkongsi bersama-sama

pixel (Gambar) Sejarah Bruce Lee Yang Jarang Dibongkarkan!!

{ 5 Komen Bernas… Telah Dikongsikan Setakat Ini. Pandangan Anda Pula? }

1 Silat ul Rahim October 12, 2011 at 1:38 pm

antara kisah bruce lee yg telah mencabar Dato’ MeorAbdul Rahman (Pengasas Silat Gayong Malaysia) sehingga membawa kpd kematian bruce lee..sila follow link yg diberikan…

  

Reply

2 Bayangan Putih December 4, 2012 at 2:14 pm

Dakwaan saudara bg saya adalah tidak benar,Pendekar Meor & Bruce Lee dah,kedua-dua tokoh beladiri ini telah meninggal…dakwaan itu tiada buktinya…sedangkan mendiang Bruce Lee meninggal disebabkan adanya dadah jenis canabis dalam usus beliau,mana kan pula terkena ‘konon’ pukulan Gayong.Saya berpendapat saudara kena tunjukkan bukti yang kukuh,baru buat dakwaan seperti itu,kalau sekadar rekaan mahu menyedapkan telinga atau nak mengambil kesempatan untuk mempopularkan silat sendiri baik jangan dibuat,sebabnya bukti yang kurang kukuh.t kasih

  

Reply

3 elise October 14, 2011 at 2:47 pm

x kenal sgt ngn dia ni.. gitu2 je

  

Reply

4 Ibun_jogho November 3, 2011 at 11:31 pm

Menarik. Cuma x tau la betul ke x. Heheheh..

Opsss… Bab telur tu.. Kalau x silap, “saiz telur berbeza adalah normal”.. Sila rujuk pakar sprt Dr. Ismail Thambi.

Kalau x silaplah…

  

Reply

5 gdss May 6, 2012 at 12:37 pm

bruslee ada belajar aura dgn yip man yaitu aura dalaman

  

Reply

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: