(Gambar)Kenali Pelaut Dari Wanita…Tercabarkah Kita Yang Bergelar Lelaki??

by admin on January 31, 2012

in Gambar Sejarah

  • Sharebar

grey (Gambar)Kenali Pelaut Dari Wanita...Tercabarkah Kita Yang Bergelar Lelaki??

Dunia pelaut selalunya menjadi milik kaum lelaki. Memang wajar, mengingat kerasnya hidup di atas kapal laut selama berbulan-bulan, ditambah cabaran alam seperti badai yang boleh menyerang tiba-tiba.

Siapa sangka, sesungguhnya ada wanita-wanita hebat yang tercatat sebagai pelaut ulung. Bahkan seorang Laksmana perempuan dari tanah rencong termasuk diantaranya.

1. Grace O’ Malley (1530 – 1603)

Dianggap salah satu pelaut wanita terbaik di dunia, wanita kelahiran Ireland ini menjadi pelaut secara keturunan selepas kematian ayahnya. Tapi ketika dia melakukan itu, dia tidak hanya turun ke laut untuk melakukan apa yang ia cintai, tetapi juga untuk membuktikan kepada dunia bahawa dia hanya ingin membuktikan bahawa dia lah yang terbaik dari semua rakan-rakan lelakinya yang juga pelaut.

grey (Gambar)Kenali Pelaut Dari Wanita...Tercabarkah Kita Yang Bergelar Lelaki??

Sejarah dunia mencatatkan Grace sebagai perempuan ”bajak laut” terhebat dunia. Tidak ada yang menyangkal kenyataan bahawa kemahiran berlayarnya lebih baik daripada kebanyakan lelaki pelaut pada waktu itu, maka hal itu akan membuatnya seperti bajak laut yang ulung. Bajak laut atau tidak, Grace O ’Malley terus menjadi salah satu pelaut wanita terbaik di dunia.

2. Skipper Thuridur

Thuridur Einarsdottir lahir tahun 1777, terkenal sebagai kapten nelayan wanita dari Iceland.Di usia 11 tahun, ia mula ikut berlayar dengan ayahnya. Sejak itulah kerjayanya sebagai pelaut bermula.

grey (Gambar)Kenali Pelaut Dari Wanita...Tercabarkah Kita Yang Bergelar Lelaki??

Dia berjinak ke laut dalam cuaca yang sangat mencabar semakin membuat namanyaterkenal, jolokan ”Skipper” sebagai penanda buku Thuridur adalah seorang kapten (Skipper = kapten / juragan, eng.) Kerjanya terus  sehingga bersara di usia 63. Keunikan Thuridur lain, ia juga mempunyai anak-anak kapal yang juga dari golongan wanita.

Begitu hebatnya Thuridur, namanya tetap dikenang sampai sekarang. Replika kabin kapalnya bahkan dibuat di tempat kelahirannya, Stokkeseyri untuk mengenang kehebatannya.

3. Krystyna Chojnowska- Liskiewicz

grey (Gambar)Kenali Pelaut Dari Wanita...Tercabarkah Kita Yang Bergelar Lelaki??

Pada 21 April 1978,sejarah tercatat yang tidak pernah dilupakan di dunia.Krystyna Chojnowska-Liskiewicz, lahir 15 Julai 1936 di Poland adalah wanita pertama yang belayar sendirian (solo) di seluruh dunia. Dia belayar dari Kepulauan Canary padatarikh 28 Februari 1976, dan kembali pada tarikh 21 April 1978, menyelesaikan perjalanan mengelilingi dunia dengan jarak 31.166 batu laut (57.719 km) dalam 401 hari.

4. Naomi James

grey (Gambar)Kenali Pelaut Dari Wanita...Tercabarkah Kita Yang Bergelar Lelaki??

Naomi James lahir di New Zealand di sebuah peternakan domba yang terkurung daratan dan tidak belajar bagaimana caranya untuk berenang sampai usia 23 tahun, namun diaberjaya memecahkan rekod dunia dengan belayar sendirian (solo) mengelilingi dunia selama 272 hari. Dia belajar belayar dari suaminya sendiri, Rob James yang menikahinya setelah dia kembali dari perjalanan mengelilingi dunia itu.
5. Kay cottee 
grey (Gambar)Kenali Pelaut Dari Wanita...Tercabarkah Kita Yang Bergelar Lelaki??
Khabarnya, Kay disebut sebagai pelaut wanita terbaik zaman sekarang. Pelaut wanita berasal dari Australia ini membuat dunia melihat kehadirannya dari perjalanan keliling dunia dengan belayar sendirian (solo) dalam masa 189 hari. Pelayaran dalam masa 189 hari itu membuat namanya menjadi pelaut wanita utama yang berjaya mengelilingi dunia dengan belayar sendirian.
6. Laura Dekker 
Di abad ke-21, mungkin Laura Dekker boleh dibilang sebagai pelaut wanita termuda yang belayar mengelilingi dunia seorang diri. Bayangkan, ketika itu usianya baru 16 tahun.
Sebagai seorang remaja putri dari Belanda, Laura tiba di kepulauan Caribbean, SaintMaarten, Sabtu 21 Januari 2012 satu tahun dan satu hari, setelah ia memulakan pelayaran dengan kapal bersaiz 11×5 meter, yang ia beri nama Guppy.
grey (Gambar)Kenali Pelaut Dari Wanita...Tercabarkah Kita Yang Bergelar Lelaki??Remaja Belanda ini merayakan ulang tahun selama perjalanan. Perjalanan keliling duniaini sempat ditentang oleh jabatan pendidikan Belanda. Alhasil, Guinness World Recordsmenolak untuk mengakui pelayaran itu kerana tidak mahu memancing anak-anak muda lain mengambil risiko.Yang menarik, Laura Dekker sendiri lahir di kapal dan pada usia enam tahun ia telah berlayar melintas tasik seorang diri. Pada usia 13 tahun, ia berlayar dari Belanda ke Inggeris. Ia kemudian memutuskan untuk mencari cabaran lain dengan belayar keliling dunia, seorang diri.Orang tua Laura pada mulanya menolak tetapi akhirnya bersetuju untuk menyokong permintaannya. Kerajaan Belanda sempat mengajukan kes ini ke mahkamah yang memutuskan untuk mencegah rencana Laura ini kerana ia terlalu muda untuk belayar dilautan seorang diri.Setelah berjuang lama melalui proses undang-undang, Laura akhirnya memenangi hak untuk berlayar dengan keperluan ia harus menjalani latihan pertolongan pertama dan bersetuju untuk mengikuti pelajaran dari jauh.

::P/S: Amboi dari dulu lagi rupanya golongan wanita dah cuba aktivit lelaki…
Sumber:Apa Kabar Dunia
pixel (Gambar)Kenali Pelaut Dari Wanita...Tercabarkah Kita Yang Bergelar Lelaki??

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: