(Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

by admin on July 22, 2011

in Gambar Sejarah

  • Sharebar
Gambar Parti Perikatan (Alliance Party)

Sekarang dikenali Barisan Nasional (National Front) 

parti politik (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Tanpa disedari rupanya banyak parti politik yang tumbuh di Malaysia selama ini. Ada yang masih meneruskan perjuangan sehingga ke hari ini dan ada juga parti politik di Malaysia yang telah berkubur. Kebanyakan bendera-bendera parti politik sekarang juga ada yang masih sama dengan zaman awal penubuhan mereka, kecuali ada beberapa yang dah berubah. Cuma kami nak bawakan kepada anda senaraian koleksi gambar parti politik di Malaysia versi lama bagi tatapan generasi baru hari ini……

Gambar bendera parti PAS yang lama 

parti politik41 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Parti Keadilan Nasional (National Justice Party)

parti politik2 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Parti Rakyat Malaysia

parti politik3 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Parti Keadilan Rakyat

Sekarang apabila bergabung kedua-duanya antara Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysi, mereka membentuk dan menubuhkan Parti Keadilan Rakyat PKR.

parti politik11 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Parti Melayu Semangat 46

Dan ini pula, Parti Melayu Semangat 46 yang merupakan merupakan pecahan dari parti UMNO yang asal berkerjasama dengan PAS untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Walaubagaimanapun, selepas berpecah dengan PAS, mereka telah menyertai semula dengan UMNO baru selepas itu.

parti politik8 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Parti Negara

Kalau anda masih ingat lagi sejarah, Parti Negara ini ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar

parti politik16 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Angkatan Pemuda Insaf

Gerakan Pemuda Insaf merupakan kesinambungan dari perjuangan menuntut kemerdekaan oleh Angkatan Pemuda Insaf (API) yang telah ditubuhkan oleh Saudara A. Boestaman, Saudara Bakar Thareek dan Saudara A. Bakar Abdul Rahim.

Pada masa itu API mengambil iktibar menyambung perjuangan menuntut kermerdekaan tulen, kerana mereka menyedari tuntutan kemerdekaan adalah sesuatu perjuangan yang tiada akhirnya. Sifat manusia semulajadi mendorong manusia untuk sentiasa cuba menguasai antara satu sama lain. Itu kata mereka

parti politik15 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura atau PKMS

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura atau PKMS adalah sebuah parti politik di Singapura. Parti ini pada asalnya merupakan cabang kepada parti UMNO dari Malaysia, tetapi berpecah daripada UMNO apabila Singapura merdeka pada 1965.

PKMS mengambil bahagian dalam setiap pilihanraya umum dari 1968 hingga 1991 tetapi gagal untuk memenangi sebarang kerusi. PKMS tidak mengambil bahagian pada pilihanraya umum tahun 1997. Sejak tahun 2001, PKMS merupakan anggota Perikatan Demokratik Singapura, sebuah parti politik yang terdiri daripada gabungan parti-parti bukan pemerintah di Singapura.

parti politik14 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Parti Bersatu Sasa malaysia (BERSAMA)

parti politik13 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Parti Berjasa

parti politik12 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Parti PEKEMAS

Parti PEKEMAS ini aktif sekitar tahun 70an

parti politik10 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) :

Parti USNO merupakan merupekan sebuah Parti Rakyat Sabahan. Pernah berpecah dan membentuk parti lainbernama BERJAYA.

parti politik8 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Parti BERJAYA

Parti Berjaya pernah berjaya memenangi pilihanraya negeri, tetepi seperti kebanyakan parti politik yang lain, tidak lama selepas itu mereka berpecah. Sebahagian daripada ahli telah enubuhkan parti politik yang lain yang bernama  Parti Bersatu Sabah (PBS) dan berjaya menumpaskan BERJAYA

Kemudian, USNO dan BERJAYA bergabung kembali, malah mereka membawa Umno ke  negeri Sabah. Jadi, UMNO yang ada hari ini di Sabah adalah merupakan gabungan UMNO semenanjung + USNO + BERJAYA.

PBS pun akhirnya menyertai Barisan Nasional (BN) selepas menerajui Sabah dan pernah terkenal sebagai parti pembangkang terkuat di Malaysia suatu ketika dahulu.

parti politik9 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

 Communist Party of Malaya (Parti Komunis Malaya):

parti politik6 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Parti Buruh Malaya (Labour Party of Malaya):

parti politik5 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

Parti Hizbul Mukminin:

parti politik7 (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

P/S : Ada parti politik di Malaysia yang  lama-lama yang kami tertinggal di sini?

Sumber : Berita Semasa

pixel (Gambar) Senarai Parti Politik di Malaysia

{ 3 Komen Bernas… Telah Dikongsikan Setakat Ini. Pandangan Anda Pula? }

1 mohd jefri radius July 23, 2011 at 2:33 pm

ok

  

Reply

2 MAt August 4, 2011 at 1:06 am

DAP x dak?

  

Reply

3 informasi December 5, 2011 at 5:39 pm

info yg bagus, x pernah tahu..

  

Reply

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: