(Gambar) Sejarah Mat Indera. Pengganas Komunis di Bukit Kepong Atau Pejuang?

by admin on September 16, 2011

in Gambar Sejarah

  • Sharebar

grey (Gambar) Sejarah Mat Indera. Pengganas Komunis di Bukit Kepong Atau Pejuang?

Tiba-tiba nama yang paling popular sekarang di Malaysia adalah Mat Indera. Siapa yang boleh nafikannya? Tidak kira akhbar daripada pro kerajaan mahupun pembangkang, ada sahaja berita dan artikel mengenai Mat Indera……Yang tak minat sejarah, tiba-tiba timbul perasaan ingin tahun dikalangan rakyat Malaysia terutamanya mengenai sejarah terutamanya sejarah mengenai Mat Indera…..

grey (Gambar) Sejarah Mat Indera. Pengganas Komunis di Bukit Kepong Atau Pejuang?

Dalam banyak artikel mengenai sejarah Mat Indera ini, kami suka kongsikan artikel daripada Berita Harian ini……

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya. – Berita Harian

grey (Gambar) Sejarah Mat Indera. Pengganas Komunis di Bukit Kepong Atau Pejuang?

Kalau dilihat dan diteliti sekarang, macam-macam pandangan dan pendapat yang keluar hari ini. Ada yang mengatakan sejarah Malaysia perlu dirombak semula, tak payah fikir panjang Mat Indera adalah pengganas komunis dan pengkhianat negara dan ada juga yang mengiktiraf sebahagian perjuangan yang di bawa oleh Mat Indera…..Macam-macam….

P/S : Kami rasa setiap daripada anda mempunyai pandangan dan ulasan tersendiri. Apa pandangan anda mengenai isu Mat Indera ini?

Sumber Berita : Berita Semasa

pixel (Gambar) Sejarah Mat Indera. Pengganas Komunis di Bukit Kepong Atau Pejuang?

{ 17 Komen Bernas… Telah Dikongsikan Setakat Ini. Pandangan Anda Pula? }

1 Azali MS September 19, 2011 at 5:20 pm

Pastinya Mat Indera ini adalah ahli komunis yang telah diperkatakan oleh Chin Peng memainkan peranan penting dalam tragedi Bukit Kepong. Tak kira lah samada ianya ahli UMNO ker, PAS ker, Anak Menteri ker, Anak Ulama ker, Anak jutawan ker, Anak VVIP ker, kalau dah komunis tu, tetap komunis. Tak perlu kita hormati lagi. Banyak lagi orang seperti Mat Indera ini sejak Malaysia masih digelar Tanah Melayu. Sejak Tanah Melayu di cerobohi oleh Portugis. Perjuangan merdekakan Malaysia, tidak sepatutnya di tumpahkan dengan darah. Kekuatan badan tidak menjamin kekuasaan. Sejarah dunia yang mendidik kita sebegini. Pentadbir dunia tidak perlu kebal dan badan yang perkasa. Otak yang besar, berwawasan serta berhemah menjamin keamanan dan penguasaan dunia.Biarlah namanya Mat Indera dan Mat Sabu ini luput seperti badannya reput di telan bumi. Tidak perlu dikenang lagi.

  

Reply

2 MAT INDRANI September 20, 2011 at 7:54 pm

yahlah, Azali orang bodoh yang nak lupakan kulit tu,banyak pejuang merdeka Melayu yang berasal dari PKMM menyertai Parti Komunis Melaya selepas British memulakan darurat.Macam pengikut bodoh UMNO dan BN-bohong seperti engkaulah yang mau melupakan sejarah,jangan memadamkan sejarah,padamkanlah awak sendirilah!

  

Reply

3 ANTI UMNO September 25, 2011 at 4:19 pm

MAT INDERA LEBIH BAGUS DARI ORG UMNO,UMNO GADAI NEGARA KAT NEGARA LUAR

  

Reply

4 Budak SMS September 25, 2011 at 6:38 pm

Pada pendapat saya Mat Indera memang seorang pejuang negara, cuma kesilapan nya hanyalah kerana memilih untuk menjadi komunis tetapi niatnya hanyalah untuk membebaskan negara dari dijajah oleh Inggeris. Memang tak adil sama sekali jika Mat Indera dilabelkan sebagai petualang. Jika Mat Indera adalah petualang, kenapa namanya terukir pada buku Pengukir Nama Johor yang dikeluarkan oleh Yayasan Johor. Tapi apapun, tidak patut kita mengutuk dan mengkeji orang yang telah meninggal dunia sebab kita sendiri pun akan akan kembali kepada-Nya. Al-Fatihah

  

Reply

5 mIx November 15, 2011 at 7:33 pm

sejarah adalah apa yang berlalu.. fikiran orang lain kita tidak boleh berubah tetapi jangan politikkan sejarah.. kesian generasi akan datang akan belajar penipuan

  

Reply

6 Azali M.S November 22, 2011 at 5:24 pm

Siapa yang politikan SEJARAH? tidak lain tidak bukan adalah orang kuat PAS…MAT SABU… Sekiranya peristiwa ini di kembalikan semula di zaman MAT INDERA… di mana MAT INDERA bukan ahli PKM, beliau membantu orang Melayu melawan komunis…saya pasti akan menyokong pandangan anda… orang seperti anda lah pertualang negara. Penyokong Dasar Komunis, menjalankan dasar hidup seperti Barat. Hidup memakai serban dan jubah, tetapi perangai mengalahkan orang barat. Apa dah jadi Muamar Gadaffi dan orang2 yang berkuasa di Tanah Asia Barat ??? Anda adalah seperti mereka.

  

Reply

7 Din Siam May 10, 2012 at 2:35 am

Pemimpin-pemimpin UMNO perlu korek semula kubur Mat Indera, Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Musa Ahmad, Tok Janggut, Tok Gajah, Mat Kilau dan lain-lain penentang Inggeris dan keluarkan semua tulang-tulang mereka untuk dibakar. Adakan upacara rasmi dengan menjemput pegawai-pegawai tinggi tentera British untuk menyaksikan upacara itu pada hari sambutan kemerdekaan Malaysia dan buat siaran langsung ke seluruh negara. Abu mereka buangkan ke Laut Jawa kerana mereka semua adalah pengkhianat bangsa, agama, dan tanahair apabila mereka bangkit menentang penjajah Inggeris dengan senjata. Kerajaan British tentu lebih suka kepada kerajaan Malaysia dan para pemimpin UMNO hari ini. Patutlah British berikan kemerdekaan Tanah Melayu kepada UMNO kerana pemimpin-pemimpin UMNO semuanya penyokong-penyokong kuat penjajah British dan pewaris kebijaksanaan diplomasi British. Patutlah hingga ke hari ini ramai pemimpin-pemimpin UMNO menghantar anak-anak mereka belajar diEngland. Sebabnya UMNO dengan penjajah British pernah tidur sebantal dan makan sepinggan.

  

Reply

8 Din Siam May 10, 2012 at 2:57 am

Patut la pun lepas sambut kemerdekaan Tanah Melayu yang ditaja oleh UMNO dan British semua ladang-ladang getah, ladang-ladang teh di Cameron Highlands dan lombong-lombong bijih timah diPerak termasuk juga Bukit Carcosa masih dimiliki, dikawal dan diusahakan oleh bangsa Inggeris kafir ‘alaihillaknat. Rupa-rupanya sudah ada perjanjian sulit diantara para pemimpin UMNO dengan penjajah British. Patut la lepas merdeka Tanah Melayu masuk dalam Commonwealth. Commonwealth tu siapa yang taja? Memang Inggeris cukup licik dan bijak menjalankan siasah mereka dan kelicikan serta kebijaksanaan ini mereka wariskan kepada pemimpin-pemimpin UMNO iaitu anak didik-anak didik mereka. Patut la pun sampai ke hari ni UMNO tetap berkiblat ke London.

  

Reply

9 Din Siam May 10, 2012 at 3:16 am

Kalaulah penjajah British tahu 30 tahun sebelum merdeka yang dibumi Tanah Melayu ini ada telaga minyak dan gas yang besar dan emas yang banyak di Kelantan, Terengganu dan Pahang dah tentu dia takkan bagi Tanah Melayu merdeka. Dia akan kaut dulu semua khazanah Tanah Melayu sampai licin barulah dia bagi merdeka. Rasanya pemimpin-pemimpin UMNO akan kata kepada semua bangsa Melayu begini,”Tuan-tuan hendaklah banyak bersabar. Janganlah bertindak menentang orang putih dengan senjata. Marilah kita hidup bermuafakat dengan orang-orang Inggeris. Kita tunggu sampai mereka kaut habis licin khazanah bumi kita barulah kita minta merdeka. Lagipun nak merdeka macam mana, orang Melayu nak buat jarum pun tak tau.”

  

Reply

10 Din Siam May 10, 2012 at 3:26 am

Azali M.S pandai ke cakap orang putih? Ntah-tah dia pun kiblat ke London jugak. Dia mesti peminat betina Inggeris ni. Ntah-tah bini dia pun betina orang putih. Mesti bangga dan megah semacam.

  

Reply

11 suara pemuda May 22, 2012 at 3:07 am

sejarah bkit kepong diserang PKM pd 23 feb 1950…dan tanah melayu pula merdeka pada tahun 1957….pd ketika serangan d lancar kn oleh gerila komunis tanah melayu blum merdeka…dn pada ketika itu juga org inggeris masih memerintah d tanah melayu…jd sya tdak pasti d bawah pemerintahan siapa kah polis bkit kepong ketika itu….tok janggut juga pernah membakar balai polis pasir puteh kerana mperjuankn kemerdekaan…adakah tok janggut juga pengkianat??????jadi siapa pula mat indera y mbakar balai polis bukit kepong…?????pada pemikiran bodoh sy kedua-dua nya mpejuan kn kemerdekan..tp idealogi PKM dan tok janggut saja berbeza…sama seperti parti PAS dan MCA/MIC…dan idealogi UMNO dan DAP….smua parti ini berjuang utk rakyat malaysia….kita juga pernah mndengar ketika jepun mmerintah tnah melayu terdapat org melayu y menjadi tali barut jepun…jadi ada kah polis y berjuan d bkit kepong ketika itu juga di anggap tali barut inggeris…???????????

  

Reply

12 Old People May 31, 2012 at 2:44 am

cerita dari kawan kpd kawan rapat(arwah) mat indera yg juga ketua polis ketika itu, cerita sebenar polis pada waktu itu berjudi dan pesta arak dan mereka tiada di balai. hanya beberapa org yg terselamat itupun nak dijadikan pembawa cerita pd cucut cicit . Tapi memang benar kita selama ini disajikan cerita2 yg direka2 oleh mereka yg berkuasa semata2 ingin mengawal pemikiran rakyat…. kalau sekadar berguru dgn buku dan org politik maka kita kena redha diri kt jadi spt org politik dan buku yg sekadar tulisan.

  

Reply

13 gilo August 16, 2012 at 12:43 pm

hanya orang bodoh & (britain) yang ingin memusuhi Mat Indra, yang sesungguhnya pahlawan Negara,. negara kita belum merdeka sepenuhnya karna masih dibawah akta UMNO.

  

Reply

14 EJOY October 24, 2012 at 4:53 pm

alahaiiii …nak tanye korang ade diploma? ada degree? cuba korang tgok jubah yg korang pakai mase nak ambil roll? x ke macam kristian? emmm alahai……. kita kat melaysia ni masih dijajah lagi LOL…. merdeka kan la dulu pemikiran tu dulu…. sejarah biar lah tinggal sejarah… kita yg kena bawa perubahan skunk ni…dari 1000 masihi lagi kristian nak jatuh kan agama Islam…stu persatu mereka buat untuk menyesatkan kita…dari sejarah melayu hingga lah sejarah melaysia masa kini..perasan x perasan je…x yh nak kater UMNO hantar anak2 mereka belajar di LANDON emmm belajar kat melaysia pon dah macam kat LANDON…kaji lah pasal jubah konvo tu…ape muslihat mereka…..!!!! org kristian gelak kan kita je sbb org melayu bodoh…ehhh jgn marah, aku pon melayu gak hihihihii tp tu la… emmm nak slh kan sape, ekonomi melaysia pon cina yg pegang… so korang sokong la perniaga melayu yer…. lagi satu dulu kita disisihkan oleh org putih, tp skunk kita nak disisihkan oleh org cina plak…x caye? cuba korang kira berape ramai org melalyu yg mampu beli rumah kat KL ni!!!!!!! dah la x yah nak dok kisah pasal sejarah…jom kita buat sejarah baru,,,iaitu kemajuan agama, bangsa dan negara MELAYU…dulu mokhtar dahari naik kan melayasia dlm bola sepak, tp skunk x de sape org kite leh jadi macam dia…tp kita dok bange dgn sejarah dulu..org nak ceriata skunk…paham2 je la…..

  

Reply

15 daun February 16, 2013 at 2:45 am

macam budak2 . pakai baju ape pon mase graduate tak ade kaitan dengan muslihat la ape la. kau ni memang serap 100% ape bende merepek ko bace. aku gelakkan orang macam ko sebab bende bullshit macam tu pon kau boleh percaye LOL

  

Reply

16 azam January 11, 2013 at 7:55 pm

Saya simpati dengan Mat Indera, tapi dalam pada itu saya memilih untuk berhati-hati dalam memberikan penilaian padanya. Saya cenderung tidak menggelarnya “pejuang” kerana Mat Indera pastinya secara sedar memilih jalan komunisme. Di situ timbul masalah, kerana kita tahu komunisme tidak serasi dengan Islam. Dalam komunisme, agama disamakan dengan candu, kerana kononnya melemahkan masyarakat. Saya tidak tahu kenapa Mat Indera memilih menyertai komunis, tapi kemungkinan kerana komunis saja yang memiliki senjata pada waktu itu. Akan tetapi saya sekali2 tidak bersetuju dengan tindakannya menyerang polis Balai Bukit Kepong dan membunuh mereka. Pada saya itu tindakan pengecut, kerana kalau betul mereka menentang British, kenapa menyerang Balai Polis yang letaknya terpencil dan hanya sekadar anggota polis bawahan? Kenapa tidak menyerang askar British secara langsung? Perlu diingat bahawa polis dan askar adalah berbeza.

Saya juga bersetuju bahawa Mat Sabu adalah anasir utama yang mempolitikkan isu ini. Barangkali kerana Mat Sabu ini seorang Syiah, maka dia memang pakar dalam manipulasi menimbulkan kekalutan.

Apa yang ditulis tentang Mat Indera dalam buku Pengukir Nama Johor itu juga tidak menyatakan secara terang2 bahawa Mat Indera itu pejuang. Ia sekadar mengajak pembaca menilai semula, dan penulisnya juga hanya seorang peminat sejarah amatur yang mendapat bahan melalui Internet.

isu ini memang rumit untuk dirumuskan secara hitam putih, tapi yang nyata adalah suatu yang keji bagi Mat Sabu mempergunakan isu ini untuk kepentingan politik. Dia sendiri pun tidak tahu apa2, jadi kenapa sibuk2 mebuka mulut yang busuk?

  

Reply

17 Anak johor August 13, 2013 at 1:19 pm

Walau apa pun, saya bangga seorang Anak melayu & juga guru agama telah berkorban demi mempertahankan Negara, arwah mati sebagai seorang pejuang, marilah kita sedekahkan surah alfatihah kemuga rohnya ditempatkan dikalangandikalangan orang-orang yang beriman. Amin

  

Reply

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: