(Gambar) Manusia Tertua di Dunia Milik Malaysia. Malaysia Boleh!!!

by admin on July 8, 2011

in Gambar Lawak

  • Sharebar

grey (Gambar) Manusia Tertua di Dunia Milik Malaysia. Malaysia Boleh!!!

Kalau disemak fakta setakat ini seperti yang tercatat dalam Guinness World Records sebagai manusia tertua di dunia bagi kategori wanita menjadi milik Maria Gomes Valentim(gambar) seorang wanita Brasil berusia 114 tahun. 

Guinness World Records mengatakan bahawa Valentim, berusia 114 tahun dan 313 hari, adalah wanita tertua di dunia yang 48 hari lebih tua daripada orang yang sebelumnya dianggap manusia tertua di dunia, Besse Cooper dari Monroe, Georgia. Valentim diketahui lahir pada tanggal 9 Juli 1896, di Carangola di negara bagian tenggara Minas Gerais, di mana dia selalu tinggal.

Manakala lelaki tertua di dunia ialah Jirouemon Kimura, lelaki tertua di dunia berusia 114 tahun dilahirkan pada 19 April 1897. Menurut Los Angeles-based Gerontology Research Group, Kimura adalah lelaki tertua di dunia berikutan pemegang rekod tersebut, Walter Bruening, telah meninggal dunia di Montana, Amerika Syarikat.

Tetapi, ada tetapinya apabila ada meliha paparan (gambar) di bawah ini mungkin akan terlintas di fikiran anda, adakah Guinness World Records terlepas pandang tentang kemampuan negara kita Malaysia yang sebenarnya memiliki manusia tertua di dunia. Ya, Malaysia boleh.

Yang pastinya manusia tertua di dunia dari Malaysia itu ialah M Mahli B Sulong, lahir pada 31 Dec 1880 kini menetap di Kampung Bahru, Ilir Nangka, Sibu, Sarawak. Tahniah kepada Malaysia sepatutnya kehadairan M Mahli ini harus dibanggakan dan ada pihak tertentu sepatutnya mencatatkan rekod usia M Mahali yang mengatasi pemegang rekod manusia tertua didunia yang baru berusia 114 tahun, sedangkan M Mahli lelaki tertua berusia 131 tahun!!

grey (Gambar) Manusia Tertua di Dunia Milik Malaysia. Malaysia Boleh!!!

Adakah pemilik nama seperti yang terpapar dalam halaman semakan daftar pemilih SPR tidak mempunyai surat beranak? Ataupun kalau iyapun, iya pun 131 tahun umur dia. Katakan terlewat buat surat beranak maklumlah orang dulu-dulu kan…tapi sekurang-kurangnya kesilapan tu munkin dalam tempoh 10 tahun la katakan…tolak 10 tahun masih lagi umur dia 121 tahun kan?

P/S : Jadi masih boleh dianggap manusia tertua di dunia…tiada usaha ke nak bagi dia masuk Guinness? Ehem……

pixel (Gambar) Manusia Tertua di Dunia Milik Malaysia. Malaysia Boleh!!!

{ 3 Komen Bernas… Telah Dikongsikan Setakat Ini. Pandangan Anda Pula? }

1 Katek July 25, 2011 at 9:41 am

tak silap aku, nenek ganyut ni dah mati kan? kuar berita hari tu….
tapi dalam spr punya data, still lagi legend
orang tua mana tah diorang sebat. Tak hagak-hagak

  

Reply

2 betty August 23, 2011 at 4:18 pm

hahaha..ader lak 1980 bole jadik 1880..idak ke sengal SPR nih!

  

Reply

3 Azali MS August 24, 2011 at 3:27 pm

kalo dok part mengata, mengutuk…tu lah keje korang…bukan SPR PENGUBAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA. tiada peruntukan undang-undang sebelum ini yang membenarkan kakitangan SPR atau JPN menghapuskan data seseorang rakyat malaysia tanpa kebenaran. orang lahir kena lapur…wat surat beranak. Orang Mati kena lapur oleh waris…wat surat mati. Lain kali tolong lah jadi wakil kepada orang tu, daftarkan surat kematiannya kepada daftar pemilih untuk dibuang dari senarai daftar pemilih.. kalo kau orang mati nti, sekiranya tiada peruntukan undang2 yang membenarkan nama kau orang dibuang dari daftar pemilih…nama ko orang bukan saja terpahat dibatu nesan…malah di SPR…hehehehehe

  

Reply

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: