Bersambung daripada artikel sebelum ini daripada bahagian pertama di sini, di atas ini pula gambar Kuala Lumpur dulu-dulu yang mana memaparkan pemandangan sekitar tapak asal KLCC. Tetapi….ini gambar tahun 1895. Lama dah….Kalau dikirakan sudah 100 tahun lamanya. Tempat ini juga dikenali dengan Selangor Turf Club.
Manakala ini pula, gambar sekitar tahun 70an yang memaparkan Ampang Park yang terletak diJalan Ampang/Tun Abdul Razak, antara shopping kompleks di Kuala Lumpur. Siapa yang familir dengan Ampang Park, dulu-dulu menggunakan nama Taman Ampang. Sekarang ini dah tukar ke Ampang Park.

Gambar Ampang Park Kuala Lumpur sekarang
Gambar Masjid Jamek dan pertemuan antara dua sungai Klang dan Gombak dan ia kelihatan seperti gambar yang sudah lama, jikalau dibandingan pemandangan yang ada sekarang ini di sekitarnya. Dengan tiada tebing berbatu. Struktur masjid pula nampak simple sangat.
Cuba anda perhatikan gambar Masjid Jamek sekarang ini pula. Amat ketara latar belakang pemandangan masjid ni bukan? Dahulu penuh dengan rimbunan pokok kelapa. Sekarang ini, “hutan batu”. Ehem..
Yang ini pula, high street….Federal Office Store ( Pejabat Persekutuan ) pada tahun 1899..Siapa yang tahu apa nama jalan sekarang ini ya?
Ini pula Gambar di sekitar Jalan Pudu (dekat dengan Pudu Raya sana). Gambar ini diambil pada tahun 1967. Cuba anda perhatikan lambang dan Stesyen Minyak Shell pada masa tu.
P/S : Siapa yang ada pengalaman tinggal di Kuala Lumpur dulu-dulu sekitar tahun-tahun di atas, boleh kongsikan dengan kami di sini…







