(Gambar)Kemalangan Maut Melibatkan Warga India Di Genting Highland..Jom Saksikan..

by admin on March 5, 2012

in Gambar Tragedi

  • Sharebar

grey (Gambar)Kemalangan Maut Melibatkan Warga India Di Genting Highland..Jom Saksikan..

Kemalangan yang melibatkan sebuah bas yang membawa 22 orang pelancong India telah menyebabkan 2 orang daripada mereka terbunuh dan 20 orang lagi tercedera…

Berita penuh Berita Harian

KUALA LUMPUR: Dua pelancong warga India terbunuh selepas bas yang mereka naiki bersama 20 lagi penumpang senegara terbabas sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu bas berkenaan yang dilaporkan membawa pelancong India dari pusat peranginan itu menuju ke ibu negara dilaporkan hilang dikawal sebelum merempuh tembok pembahagi jalan.

Kejadian mengakibatkan semua 22 penumpang dan dua pemandu bas yang juga warga tempatan tersepit selepas bas berkenaan yang disewa daripada Syarikat Star Mart Ekspres terbalik.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita berusia 55 tahun yang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa adalah lelaki yang disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kita terpaksa memecahkan bahagian bumbung bas bagi membawa keluar semua mangsa termasuk menarik mereka yang tersepit dicelah-celah bumbung bas yang pecah akibat kemalangan itu.

“Pihak penyelamat diketuai Jabatan Bomba terpaksa membawa keluar mangsa seorang demi seorang dan membawa keluar mangsa dengan berhati-hati bagi mengelak mangsa mengalami kecederaan lebih serius.

Katanya lagi mangsa yang kebanyakan mengalami cedera parah dikejarkan ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sehingga kini pihak polis menahan pemandu bas berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dalam keadaan merbahaya hingga mengakibatkan kematian.

“Kita juga masih menyiasat sama ada kejadian berpunca daripada masalah sistem brek bas atau bas dipandu dalam keadaan laju ketika menuruni bukit dan melalui selekoh,” katanya.

Sementara itu Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menerusi Ketua Polis Pahang menyampaikan ucapan takziah terhadap semua mangsa yang terlibat.

Jom tengok video yang sempat crew berita harian ambil…

pixel (Gambar)Kemalangan Maut Melibatkan Warga India Di Genting Highland..Jom Saksikan..

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: