(Gambar) Jambatan Terpanjang Di Dunia Milik Jambatan Laut Qingdao Haiwan, China

by admin on July 21, 2011

in Gambar Senibina

  • Sharebar

Jambatan Qingdao Haiwan5 (Gambar) Jambatan Terpanjang Di Dunia Milik Jambatan Laut Qingdao Haiwan, China

Sekarang banyak perkara yang telah sedikit di dunia telah cuba didominasi oleh negara China. Apa yang tak boleh dibuat China? Nah….sekarang ini, China telah berjaya memiliki dan membuka jambatan terpanjang di dunia. China telah membuka jambatan terpanjang di dunia yang mana secara keseluruhannya keseluruhannya berukuran 42Km. Malah, lebih panjang daripada jarak antara Dover dan Calais.

Jambatan Qingdao Haiwan (Gambar) Jambatan Terpanjang Di Dunia Milik Jambatan Laut Qingdao Haiwan, China

Jambatan Qingdao Haiwan siap dibina awal tahun 2011 menyambungkan kawasan Bandar Qingdao, daerah Huangdao dan Teluk Jiaozhou. Ya anda tidak silap membacanya. Jambatan Qingdao Haiwan namanya. Mungkin ada yang menyangka Haiwan tu Taiwan, tetapi memang betul pun, Haiwan namanya. Ada sesetengah keretan berita menulis ‘Jiaozhou Bay Bridge’ atau ‘Qingdao Haiwan Bridge’ tidak kisah. Mana-mana pun boleh pakai, sebab ia tetap merujuk kepada jambatan yang sama.

Jambatan Qingdao Haiwan6 (Gambar) Jambatan Terpanjang Di Dunia Milik Jambatan Laut Qingdao Haiwan, China

Jangkamasa pembinaan jambatan terpanjang di dunia ini memakan tempoh masa selama 4 tahun bagi menyiapkan jambatan tersebut yang mencapai kos pembinaan sehingga 5.5 billion pound sterling iaitu hampir 3 batu lebih jauh daripada pemegang rekod sebelum ini – Tambak Tasik Ponchartrain di Louisiana, USA

Jambatan Qingdao Haiwan2 (Gambar) Jambatan Terpanjang Di Dunia Milik Jambatan Laut Qingdao Haiwan, China

Struktur jambatan tersebut terdiri daripada 2 jambatan selari sebelah menyebelah yang mencatat ukuran panjang sejauh 38.42Km yang mana masing-masing 3 lorong sehala. Dua pasukan pekerja pembinaan telah memulakan kerja-kerja pembinaan sejak tahun 2006 lagi. Seorang jurutera pembinaan jambatan ini berkata bahawa model komputer dan perkiraan adalah sangat bagus tetapi kita tidak boleh terlalu relaks sehingga kedua-dua belah jambatan dipasak bersama.

“Sekalipun perbezaan adalah sebanyak beberapa sentimeter boleh mengundang bencana besar.” Dikatakan jambatan terpanjang di dunia ini telah direka untuk menahan gegaran gempa bumi sehingga 8.0 skala richter!

Jambatan Qingdao Haiwan4 (Gambar) Jambatan Terpanjang Di Dunia Milik Jambatan Laut Qingdao Haiwan, China

Sekali pandang memang cantik dan kagum betul kami dibuatnya melihatkan gambar Jambatan Qingdao Haiwan ini siap ada interchange lagi di bahagian tengah-tengahnya. 3 lorong lagi tu, kalau speeding mesti best ni. Ooops!!

Jambatan Qingdao Haiwan3 (Gambar) Jambatan Terpanjang Di Dunia Milik Jambatan Laut Qingdao Haiwan, China

Walauapapun, negara tembok besar China ini semakin menunjukkan taringnya. Mungkinkah Taiwan juga akan diambil oleh negara China. Adakah akan wujud kembali dinasti china yang diagung-agungkan itu? wah dah jauh kami pergi ni

P/S : Agak-agaknya, berapalah harga tol bagi  Jambatan Qingdao Haiwan ini yang merupakan jambatan terpanjang di dunia? Ehemmm…

Sumber : Berita Semasa

pixel (Gambar) Jambatan Terpanjang Di Dunia Milik Jambatan Laut Qingdao Haiwan, China

{ 5 Komen Bernas… Telah Dikongsikan Setakat Ini. Pandangan Anda Pula? }

1 zidan December 16, 2011 at 6:16 pm

panjang tol……agoknye bape lame ye perjalann ateh jambatan tu ye? kalo teman le mau tetido agoknye….

  

Reply

2 amiekefli March 31, 2012 at 12:00 am

ni lah ciptan Allah untuk manusia coba lah kita bertarima kasih kepada samua manusia pikir lah

  

Reply

3 Aju-ju March 1, 2013 at 2:56 am

ya, betul tu, itu kan sebahagian tanda2 hari kiamat, pembangunan pesat di akhir zaman

  

Reply

4 Mani November 12, 2012 at 4:01 pm

betul tu bro .nasib baik kat atas jambatan baru tu jalan dua lornog boleh gak nak slow untuk menikmati keindahan panorama kat atas jambatan merentasi Sungai Johor tu.

  

Reply

5 gtr35 December 22, 2012 at 9:36 pm

siap ada persimpangan 3hale..kt tgah2 laKTU..

  

Reply

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: