(Gambar) Harta Karun di Kuil Kerala, India Bernilai RM33.6 billion

by admin on July 13, 2011

in Gambar Berita

  • Sharebar

grey (Gambar) Harta Karun di Kuil Kerala, India Bernilai RM33.6 billion

Berapa banyak kosong apabila nak dibandingkan harta karun yang bernilai RM33.6 billion yang telah dijumpai di sebuah kuil di Kerala, India baru-baru ini. Mungkin ini rezeki daripada Tuhan kepada hambanya. Apa yang perlu dilakukan gunakanlah harta karun tersebut untuk kebaikan rakyat kamu di sana. Nah lihat gambar harta karun yang dimaksudkan itu…….Macammanalah rupanya ye….

Komando India mengepung kuil Hindu zaman pertengahan di selatan India selepas menemui syiling emas dan batu permata bernilai berbilion dolar di bilik kebal kuil tersebut. Menurut Ketua Menteri Kerala, Oommen Chandy, kira-kira 100 orang polis bersenjata mengawal Kuil Sree Padmanabhaswamy di ibu negeri Kerala.

Harta karun bernilai 500 bilion rupee (RM33.6 billion) itu akan disimpan di kuil tersebut dan polis Kerala mengambil alih kawalan keselamatan daripada kakitangan kuil”, katanya. Sejumlah besar barang kemas dan duit syiling daripada emas dan perak, serta batu permata ditemui apabila lima bilik kebal dibuka minggu lepas, dan bilik kebal keenam dijadual dibuka hari ini.

Bekas hakim Mahkamah Tinggi Kerala, C.S. Rajan menganggarkan nilai harta karun itu boleh mencecah satu trilion rupee (RM66 bilion). Rajan menganggotai sebuah panel tujuh ahli yang dilantik oleh Mahkamah Agung India untuk memantau pentaksiran harta tersebut. Jelas beliau, bilik kebal ketujuh berdinding besi akan dibuka hanya selepas mendapat arahan baru daripada Mahkamah Agung.

Kuil itu dibina ratusan tahun silam oleh Raja Travancore dan sumbangan oleh penganut Hindu disimpan di dalam tujuh bilik kebalnya sejak itu. – AFP

grey (Gambar) Harta Karun di Kuil Kerala, India Bernilai RM33.6 billion

grey (Gambar) Harta Karun di Kuil Kerala, India Bernilai RM33.6 billion

grey (Gambar) Harta Karun di Kuil Kerala, India Bernilai RM33.6 billion

grey (Gambar) Harta Karun di Kuil Kerala, India Bernilai RM33.6 billion

grey (Gambar) Harta Karun di Kuil Kerala, India Bernilai RM33.6 billion

P/S : Jangan ada pemimpin mereka yang gelap mata simpan dalam poket sendiri sudah. Erm…..

pixel (Gambar) Harta Karun di Kuil Kerala, India Bernilai RM33.6 billion

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: