Hari Kemerdekaan 2011 : Cerita Disebalik Pengisytiharaan Kemerdekaan 1957

by admin on August 23, 2011

in Gambar Sejarah

  • Sharebar

grey Hari Kemerdekaan 2011 : Cerita Disebalik Pengisytiharaan Kemerdekaan 1957

Tinggal seminggu lagi negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan 2011. Kebetulan pula, tahun ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan 2011 satu hari yang sama dengan Hari Raya. Pejam-pejam celik dah nak raya. Ok tak pe, itu cerita lain. Kami nak kongsikan sejarah & kisah disebalik peristiwa perisytiharaan Kemerdekaan itu sendiri, suasana dan apa yang yang berlaku pada masa itu agaknya…….

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan “MERDEKA” 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.

grey Hari Kemerdekaan 2011 : Cerita Disebalik Pengisytiharaan Kemerdekaan 1957

Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada Feb 8, 1956. Di sebelahnya adalah Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Jajahan.

grey Hari Kemerdekaan 2011 : Cerita Disebalik Pengisytiharaan Kemerdekaan 1957

Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London. Negeri Melaka dipilih sebagai tempat perisytiharan tarikh kemerdekaan adalah kerana Melaka merupakan pelabuhan menguasai perdagangan timur dan barat sehingga menjadikan negeri yang mula-mula jatuh ke tangan penjajah.

grey Hari Kemerdekaan 2011 : Cerita Disebalik Pengisytiharaan Kemerdekaan 1957

Di saat laungan “MERDEKA” Oleh Tunku Abdul Rahman, keadaan dalam Stadium Merdeka semasa pengisytiharan. Tunku laung 7 kali kat Dataran Merdeka dengan tapak tangan Tunku terbuka lurus ke langit menandakan negara sudah terlepas dari cengkaman penjajah.

grey Hari Kemerdekaan 2011 : Cerita Disebalik Pengisytiharaan Kemerdekaan 1957

Manakala ini pula gambar suratkhabar lama pasal pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu. Suratkhabar Berita harian dan Malay Mail.

grey Hari Kemerdekaan 2011 : Cerita Disebalik Pengisytiharaan Kemerdekaan 1957

Watikah pemasyhuran kemerdekaan tanah melayu yang asal

grey Hari Kemerdekaan 2011 : Cerita Disebalik Pengisytiharaan Kemerdekaan 1957

Bendera Union Jack Diturunkan diambang Kemerdekaan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan

P/S : Hari Kemerdekaan 2011 semakin hampir, ada pakar sejarah yang ingin berkongsi maklumat tambahan seperti berlangsung pengisytiharaan Kemerdekaan tahun 1957?

pixel Hari Kemerdekaan 2011 : Cerita Disebalik Pengisytiharaan Kemerdekaan 1957

{ 3 Komen Bernas… Telah Dikongsikan Setakat Ini. Pandangan Anda Pula? }

1 Azali MS August 24, 2011 at 10:14 am

Terimakasih banyak-banyak kepada Kerajaan Britain kerana keluar dari Tanah Melayu dan memberi peluang kepada Rakyat Malaysia untuk mentadbir negaranya.

Kaum Melayu di Malaysia -pada awalnya Tanah Melayu di adaptsi pemikiran hidup dan budaya Hindu. Bertukar kefahaman beragama atas pengaruh Asia Barat dan anutan agama Islam. Dijajah ideologi cara Barat….kacau bilau jadinya jiwa Malaysia.
Sekalipun kita sudah Merdeka selama 54 tahun, Cara Hidup dan kefahaman kita cara barat, beragama Islam dan masih mengamalkan adat dan tradisi Hindu.
Walau macamana pun…saya amat berbangga kerana Raja, PM dan Menteri masih Melayu. Kita telah berjaya memtadbir negara kita dengan aman.
Di harapkan semakin lama kita merdeka semakin matang rakyat Malaysia bersama usia kemerdekaannya. Merdekakan fikiran kita yang negatif. Memajukan negara kita yang tercinta berasaskan Demokrasi dan Raja Berpelembagaan. Hormati undang-undang yang kita gubal bersama atas persetujuan pelbagai kaum berasaskan tolenrasi.
Sama-sama kita berdoa…moga Allah musnahkan ideologi jahat yang cuba mencabulkan kemerdekaan kita. Rakyat kita telah makmur dan lebih senang dan kaya dari pemerintah….MERDEKA!!!!!!! MERDEKA!!!! MERDEKA!!!!!!

  

Reply

2 Wan August 30, 2012 at 9:08 pm

Selamat Hari Merdeka =)

  

Reply

3 NATASHA September 14, 2012 at 7:40 pm

TERIMA KASIH ADMIN.
SAYA DAPAT MARKAH TERTINGGI UNTUK BUKUSKARAP KEMERDEKAAN HANYA KERANA GAMBAR-GAMBAR YANG TELAH DIPAPARKAN.

  

Reply

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: