(Gambar) Hukuman Rejam Sampai Mati Jika Berzina

by admin on March 15, 2011

in Gambar Kejam

  • Sharebar

grey (Gambar) Hukuman Rejam Sampai Mati Jika Berzina

Pemuda di atas ini melakukan zina dan telah berjaya ditangkap oleh penduduk di Somalia untuk menjalani hukuman rejam sampai mati. Manakala pasangan wanitanya, dihukum sebat 100 kali. kerana belum berkahwin.  Sekali pandang daripada sudut pandangan mata kasar, kejam bukan? Tetapi ada hikmahnya daripada sudut kitab Al-Quran dan juga ilmu sains….

grey (Gambar) Hukuman Rejam Sampai Mati Jika Berzina

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman di atas, padahal kedua-duanya berzina iaitu pihak lelaki mahupun wanita?

  • Tokoh Islam menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya.
  • Hukuman sebat diberikan kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.
  • Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
  • Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga
  • Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru.
  • Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang
  • Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.  Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.
  • Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS

grey (Gambar) Hukuman Rejam Sampai Mati Jika Berzina

  • Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia.
  • Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
  • Apabila mereka dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.
  • Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.
  • Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

grey (Gambar) Hukuman Rejam Sampai Mati Jika Berzina

grey (Gambar) Hukuman Rejam Sampai Mati Jika Berzina

P/S : Dah tahu kejam, tak sanggup ambil risiko jangan cuba cabar diri sendiri cuba-cuba berzina dengan bukan muhrim. Apabila sudah tertangkap pada masa itu, sendiri buat sendiri tanggung. Biasanya yang takut, orang yang suka berzina sahaja.

Sumber : Berita Semasa

pixel (Gambar) Hukuman Rejam Sampai Mati Jika Berzina

{ 61 Komen Bernas… Telah Dikongsikan Setakat Ini. Pandangan Anda Pula? }

1 norbi July 10, 2011 at 11:20 am

Allah Huakbar, setiap apa yang Allah tetapkan sebenarnya adalah untuk kebaikan umatnya, bukanlah utk mendera sebagaimana yang diucapakan oleh umat islam yang hanya islam pada namanya.

  

Reply

2 caroline July 11, 2011 at 7:06 am

sial betul betul’2 perlu hukum macam ni ke?

  

Reply

3 denna July 14, 2011 at 11:56 am

mmg perlu dan wajib..ko caroline yg x phm tu yg mcm sial sbb org mcm ko tu jnis x de hukum..hidup mcm sial

  

Reply

4 Sisawaai July 21, 2011 at 12:38 pm

denna ni knpa pula? knpa pula org yg X stuju dgn hukuman kejam ni akan hidup sial dn x mpunyai hukum? org yg menerima hukuman tu mmg sial sbb langsung tak bpeluang mbetulkn diri. Tak ada manusia yg sempurna di dunia ni lah.

  

Reply

5 MALIK January 7, 2012 at 2:59 pm

CAROLINE…..IM MALIK……IM UNDERSTAND WHAT DID U FEEL…..EVERYONE GOD GIVE AN HEART…….EVERYONE HAVE THEIR OWN FEELING…..BUT IF U ASK ANYONE WHO DONT EVER KNOW HOW 2 EXPLAIN 2 U.U WONT UNDERSTAND EVER…..TRY ASK PEOPLE WHO KNOW HOW 2 EXPLAIN 2 U…..THIS IN NOT CRUEL…..THIS IS WHERE GOD SHOWN HOW MUCH IT LOVE WOMEN……HOW MUCH IT LOVE ITS PEOPLE…..BUT WE DONT KNOW THE GUY WHO BEEN HIT IN PAINTFULL…..WHO KNOW ALLAH HIDE HIS PAINFULL……WHO KNOW ALLAH MAKE HIM DONT FEEL ANYTHING WHEN HE BEEN HIT…..WE JUST SAW HE DEAD…HE BLEEDING….BUT WE DONT KNOW HOW HE FEEL…..THEN AFTER THIS U THINK PEOPLE IN SOMALIA WILL ZINA??THINK IF THIS THING HAPPEN 2 U…..I THINK U WILL KILL YOUR HUSBAND…..JUST JOKING….THINK YOURSELF…..ALLAH IS GREAT…EVERY WORD CAME FROM ALLAH IS PERFECT…..TQ

  

6 lazz July 17, 2011 at 1:28 am

Tu lah Hukuman Allah yang di tetapkan yang paling layak dan banyak hikmahnya….Kalau la hukuman ni dilaksanakan di Malaysia confirm maksiat dan zina akan menurun…kes buang bayi pun kurang, gejala sosial pun akan kurang…siapa mau d lempar batu sampai mati….orang akan berfikir ratus kali kalau mau buat perkara terkutuk tu….

  

Reply

7 Squid September 21, 2011 at 1:45 pm

Mengedar dadah kena hukuman mati..napa masi byk org mgedar dadah?

  

Reply

8 perempuan July 17, 2011 at 1:10 pm

jangan cuba cabar diri sendiri cuba-cuba berzina dengan bukan muhrim. ——————)…..SALAH AYAT NI……..

  

Reply

9 jack the ripper August 12, 2011 at 9:47 pm

dan korang yang banyak sangat komen…ni tau ke apaitu menidakkan perintah Allah… aku ni yang pernah berzina pernah jumpa orang yang dikatakan alim… pun tak mampu nak jalankan hukuman ke atas aku… jadi jangan bercakap tanpa cukup ilmu dan nak tau kita ni benar beriman kita jumpa kat padang masyar… just bawak la bertenang…k.

  

Reply

10 Azali MS August 13, 2011 at 12:58 pm

Apa jenis hukuman Kejam/ Ngeri, di laksanakan di Malaysia atau di mana-mana negara tiada kerbersanannya kerana tabiat Manusia sendiri yang mudah lupa diri dan memahami hakikat kehidupan. Contohnya gambar yang kita baca dan pandang. Banyak manusia yang memandangnya tetapi setiap hukuman yang telah dijatukan kepada pesalah adakah memberi keinsafan kepada penduduk Somalia serta memberi jaminan bahawa tiadanya berlaku Zina dikalangan rakyat Somalia??? Selagi ada Nafsu yang tidak dikawal, selagi itulah jenayah hidup akan berlaku.

  

Reply

11 Caution August 21, 2011 at 6:36 am

assalammualaikum..

jack the ripper-’jadi jangan bercakap tanpa cukup ilmu dan nak tau kita ni benar beriman kita jumpa kat padang masyar’.

persoalannya..
sanggup ke kite btegur sesama kita pada masa itu??..boleh ke kite tahu siapa hadapan kite ataupun belakang?..
Di padang masyar,tiada siapa yg akan ambil tahu hal org lain..kerana..masing2 takot dgn Allah S.W.T..disana kite akan tahu bertapa kecil nya kite disisi Allah S.W.T..subhan’Allah…takot dgn dosa2 yg pernah kite laku kan..

Jadi apa kata lebih baik kite beribadat.dan berdoa supaya jauhkan diri kite daripada pkara yg mungkar…jgn memberi kata2 kesat..jgn membuat dosa2 kecil..tidak ade gunanya kite hidup di dunia yg sementara ini utk membuat dosa..kerna di akhirat lah selama2nya…Renung2kan Dan Selamat beramal..

  

Reply

12 mazasi August 27, 2011 at 1:41 am

islam itu indah..
hudud adalah asas perundangan dalam islam yang telah dinyatakan dalam al-quran. Ianya bukan hukuman yang direka-reka oleh manusia yang hanya berteraskan logik fikiran semata-mata spt Lrd Ried yg diamalakn oleh kerajaan malaysia sekarang….
Didalam hukuman hudud, ianya adalah setimpal dengan jenayah yang telah dilakukan dan hukuman yang dijatuhkan kepada si pembuat salah tadi akan menjadi pengajaran dan tauladan kepada mereka diluar sana…
setiap penglaksana dan yang orang dikenakan hukuman semestinya akan mendapat syafaat daripada-Nya…
jangan takut menglaksanakan perintah Allah kerana menjadi kewajipan kepada kita sebagai umat Islam…allah itu maha adil n maha pemurah….kita hanya menumpang di dunia Allah…sentiasalahg kita mengamalkan adat2 sebagai seoranga “Penumpang”

  

Reply

13 Manusia August 29, 2011 at 12:45 am

Manusia xberhak menghakimi sesama manusia!! Hanya Allah yg layak menghakimi! Sungguh Kejam sekali

  

Reply

14 hayy August 30, 2011 at 8:28 pm

Saya minta izin share,terima kasih*

  

Reply

15 jadi-jadian September 4, 2011 at 4:32 pm

stupid law…law yg ketinggalan zaman, ketinggalan kemajuan tamaddun. Manusia tidak pernah diberi KUASA untuk mengambil nyawa manusia oleh Tuhan. Nyawa dicipta Tuhan, hanya Tuhan yang boleh mengambilnya. Tahu kah anda banyak hadis yang terlalu ‘teruk’ dan ketinggalan tamaddun telah ditapis dpd pencetakan agar tidak diketahui oleh pengikut? Hukum rejam ini adalah salah satu yang juga ketinggalan tamaddun dan patut ditapis.

  

Reply

16 Lebai Berjanggut November 9, 2011 at 4:58 pm

kamu jadi-jadian jangan campur aduk kan pemikiran kamu yg jahil dengan ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kamu boleh komen apa sahaja dalam forum ini tetapi jangan kamu sangkal peraturan, undang-undang atau apa sahaja yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W….stupidddd kamu…syaitan kamu

  

Reply

17 Adoii September 25, 2011 at 6:04 pm

Hukum Rejam sampai mati ni bukan Hukum Allah..! Dalam Al-Quran xde pun.. dalam hadis je yang bnyk.. Hukum Allah dalam kitab Allah bukan dalam hadis.. Tolong laa… dan jgn gunakan nama Allah untuk nak ugut atau takut2kan orang yang tidak menyokong hukum rejam ni. tq.

  

Reply

18 Lebai Berjanggut November 9, 2011 at 4:54 pm

Kamu ni Adoii beragama apa? Kalau kurang Ilmu dalam ajaran Islam…lebih baik diam sahaja. Kalau kamu bukan Islam, jangan komen pasal ajaran Islam.

  

Reply

19 Adoii November 18, 2011 at 2:37 pm

kamu pula agama apa? kitab kamu pula apa? hukuman rejam sampai mati ni kamu rujuk kitab mana pula? adakah benar itu ajarannya Islam yang dibawa Nabi Muhammad? Ajarkan saya yang kurang ilmu ni..

  

Reply

20 Hamba Allah November 6, 2011 at 9:19 am

Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya). (An-Nuur 24:1) |
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:2) |

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; – (An-Nuur 24:4) |

Hukuman berat ini menunjukkan cara pembuktian terhadap pertuduhan zina juga perlu diambil kira. Bukan semua bentuk pembuktian boleh diterima bagi membuktikan kesalahan tertuduh kerana kesan terhadap penyabitan zina amat besar terhadap maruah diri tertuduh.
Walaupun keterangan terhadap pertuduhan boleh dikemukakan dengan pelbagai bentuk, hanya dikira ialah pembuktian melalui pengakuan si pelaku (ikrar) dengan mengambil kira syarat perakuan itu.
Sejarah membuktikan penyabitan kesalahan zina melalui ikrar amat dititikberatkan bagi mengelak sebarang keraguan, paksaan, kecelaruan oleh si pelaku yang menyebabkan beliau membuat perakuan terhadap kesalahan menyebabkan berlaku kesilapan dan penganiayaan terhadap orang yang tidak bersalah.
Rasulullah SAW sendiri, apabila seorang lelaki datang menemui Baginda seraya berkata: “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina, maka Rasulullah berpaling darinya sehingga diulang pengakuannya sebanyak empat kali.
Apabila lelaki berkenaan membuat pengakuan sebanyak empat kali, Rasulullah SAW memanggilnya lalu bersabda: “Adakah engkau gila? Jawab lelaki itu: Tidak. Nabi bersabda lagi: Adakah engkau telah kahwin? Jawab lelaki itu: Ya. Maka Nabi bersabda: Bawalah dia dan jalankan hukuman rejam.”
Walau bagaimanapun, hukuman ini tidak boleh dilaksanakan terhadap si pelaku yang menarik balik pengakuannya bahawa sebelum ini beliau melakukan zina.
Bentuk pembuktian kedua yang diterima ialah kesaksian daripada empat orang saksi. Saksi perlu memenuhi syarat ditetapkan oleh hukum syarak sebelum penyaksian diterima iaitu Islam, lelaki, baligh.
Sempurna akal, adil, benar-benar melihat kejadian zina dan penyaksian itu benar-benar menunjukkan zina itu berlaku. Ini bermakna, jika saksi gagal memenuhi salah satu daripada syarat itu, penyaksiannya tidak akan diterima.
Walaupun sesetengah ulama seperti Ibn Qayyim menerima pembuktian melalui tanda (qarinah), ada ulama seperti Imam Syafie yang menolaknya. Penerimaan dan penolakan terhadap bentuk pembuktian berdasarkan kepada hujah masing-masing namun yang pastinya penolakan ini bagi mengelak timbulnya keraguan dalam penyabitan.

  

Reply

21 manusia yang ada hati December 30, 2011 at 6:04 pm

entah fakta saintifik apa yang mengarut sangat kat atas tu?
bodo ke apa…
ya ! Sungguh SALAH perbuatan zina itu..
tapi sungguh KEJAM hukuman rejam itu..
hanya si fanatik yang tidak dapat membezakan kekejaman dan kemanusiaan lagi…

  

Reply

22 rumputhijau January 4, 2012 at 7:40 am

setiap yg Allah aturkan utk manusia itu adalah sebaiknya..
Dia maha mengetahui..
sy prnh dgr..hukuman hudud bg org Islam yg melakukan kesalahan jika dilaksanakan ke atas pesalah..dia bangun di hari kiamat sbgai org islam yg suci tidak melakukan dosa..krn tlh dihukum di dunia
sedangkan hukum2 yg dijalani oleh pesalah2 skrg
) tnpa taubat nasuha , di akhirat nnt akan diseksa..
wallahua’lam,jika ad kslhn , maaf

  

Reply

23 insaf January 4, 2012 at 4:26 pm

salam…
Memang betul setiap yang Allah aturkan mesti ada sebab..manusia ada akal dan fikiran untuk membuat keputusan sama ada betul atau salah……tanya kepada diri sendiri …memang nampak macam kejam..tapi pikirlah..kita lagi kejam kerana tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi….sanggup gadaikan maruah kerana nafsu..padahal tuhan menciptakan manusia sebaik-baik kejadian…….Allah bagi kesihatan…bagi rezeki…tapi bile ada hukuman yang macam ni senang nak salahkan hukum Allah….kita sape nak mempertikaikan hukum yang dah termaktub dalam Al Quran…..sekali Tuhan tarik segala nikmat..baru tau…ish3..manuasia sekarang Islam pada nama tapi tak tau menghayati hukum2 agama yang telah jelas hukumnya…sepatutnya muhasabah diri…..oleh itu…banyak2 la mendekatkan diri kepada Allah SWT supaya hidup kita sentiasa disinari cahaya iman. …wallahualam…

  

Reply

24 Adoii January 5, 2012 at 12:44 am

Salam..
Bro, boleh mintak kat mana bab rejam ni dalam Quran..? tq..
Kawan cari x jumpa plak..
Skali kita mengiyakan benda yang takde.. dan org lain percaya…
huu… sape nak jawab tuu… tolong tunjukkan ye bro kalau betul termaktub dalam Quran tuu..

  

Reply

25 insaf January 5, 2012 at 9:23 am

Hukuman rejam ini adalah ketetapan Allah seperti yang termaktub di dalam Sunnah Nabi S.A.W. di antaranya:

1)Terjemahan: Dari Abi Hurairah r.a.: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. ketika baginda sedang berada dalam masjid. Dia memanggil Nabi lalu berkata: Ya Rasulullah, saya telah berzina. Rasulullah tidak memandangnya, memalingkan diri daripadanya. Orang itu mengulangi kata-kata itu sehingga empat kali. Maka setelah ia mengaku sebanyak empat kali, Nabi memanggilnya dan berkata: Adakah awak gila? Dia menjawab: Tidak. Rasulullah bertanya: Adalah engkau muhsan? Dia menjawab: Ya. Maka Rasulullah besabda: Bawalah dia dan rejamkanlah dia, maka kami pun merejamnya.1

2)Terjemahan: Tidak halal darah seorang muslim kecuali karana salah satu dari tiga perkara: kafir sesudah beriman, berzina sesudah ihsan (muhsan), membunuh nyawa bukan kerana nyawa (qisas)

  

Reply

26 Adoii January 5, 2012 at 5:40 pm

ok bro.. terima kasih..
kira dalam Quran takde la kan..? saya bukan tolak hadis.. cuma ini pandangan dan pendirian saya. Rujukan yang pertama dan terakhir adalah Al-Quran sahaja.. Kalau bukan rujukan pertamapun ia adalah rujukan terakhir. Kalau ada rujukan terakhir selain Al-Quran itu bermakna saya menganggapnya Al-Quran itu TIDAK LENGKAP.

Tapi bagi saya Al Quran itu telah lengkap.. seperti mana ada ayat2 Allah didalamnya yang menyuruh kita kembali rujuk pada Al-Quran sekiranya terdapat perselisihan pendapat.. Itu jelas untuk saya. Terima kasih.

  

Reply

27 remy January 10, 2012 at 8:17 pm

Allah trunkan Nabi Muhammad sebagai insan contoh dan pemimpin kita dan Allah trunkan wahyu (al-quran) juga kepada Nabi.kenapa kamu nak menyangkal hadis dan hnya menggunakan quran sebagai rjukan?tolak Nabi hukumnya kafir..

  

Reply

28 Adoii January 11, 2012 at 8:01 pm

Cuba fikirkan apa fungsi al-quran kepada manusia.. tidakkah jelas fungsi al-quran diturunkan sebagai manual untuk manusia. Manual yang datang dari pencipta kepada hamba. Bukannya dari manusia kepada manusia.

Adakah kita rasa Nabi Muhammad dan Nabi2 sebelumnya hanya buat sesuka hati mereka atau melaksanakan apa yang telah diwahyukan kepada mereka??

Bila masa pula saya tolak Nabi atau kamu nak memandai-mandai mengatakan menyangkal hadis itu sama dengan tolak Nabi? Adakah kamu berani mengatakan apa yang ada dalam hadis itu benar belaka dan itulah apa yang Nabi berbuat?? atau kamu hanya sekadar mengikut apa yang telah diajarkan kepada kamu semata-mata tanpa kamu memeriksa/mengkaji/memikirkan kebenarannya?

  

29 Burungman January 26, 2012 at 9:12 am

Assalamualaikum.

Dalam Islam, sumber yang kita pakai adalah Al-Quran dan Sunnah (hadis). Kalau Al-Quran menurunkan perintah untuk melakukan sesuatu, maka hadis adalah penerangan tambahan daripada Nabi berkenaan sesuatu perkara. Sebab dalam Al-Quran ni, kena faham ada ayat-ayat yang jelas dan maksudnya terus sampai kepada orang yang membaca. Dan ada juga ayat-ayat yang kurang jelas, dan memerlukan penjelasan daripada baginda Rasulullah sendiri.

Contohnya dalam pelaksanaan solat. Dalam Al-Quran ada bagi cara-cara bersolat yang lengkap tak? Tak ada. Yang ada cuma perintah menjalankan solat. Tapi dengan adanya penjelasan Nabi SAW, maka umat Islam dapatlah menjalankan solat itu seperti yang diajar oleh Nabi SAW. Maka itulah pentingnya Al-Quran dan Sunnah (Hadis). Jangan kita menolak salah satunya.

Rasulullah sendiri menyuruh umatnya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah apabila berlaku perselisihan. Jadi, apa yang saudara katakan itu kurang tepat. Saudara tertinggal satu perkara yang penting dalam dijadikan sebagai sumber hadis.

Berkenaan hadis itu, sama ada benar apa yang pernah dikatakan dan dilaksanakan oleh baginda atau tidak, maka menjadi kewajipan bagi kita untuk menyelidikinya. Cari siapa perawinya dan bagaimana personaliti mereka. Adakah sanadnya bersambung kepada Rasulullah? Dalam kitab manakah ia ditulis? Apa status atau taraf hadis itu, sahih, hasan, dhaif atau maudhu? Kalau kita tidak pernah melakukannya, maka jangan sesekali kita cuba-cuba menolak atau menerima hadis yang kita dengar.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam mencedok ilmu di lain hari. Jangan kita suka hati buat tafsiran sendiri. Dalam menerima atau menolak hukum agama, kita kena berilmu sepenuhnya. Siapa kita hendak dibandingkan dengan para ulama yang jauh lebih berilmu dari kita yang solat pun kadang-kadang masih ada yang miss? Jangan sampai akal fikiran yang berasaskan logik semata-mata dan tidak berlandaskan agama membinasakan agama kita. Nauzubillah minzalik.

  

Reply

30 Adoii January 27, 2012 at 1:07 am

Terima kasih saudara.. Terpulanglah pada kebijaksanaan masing-masing dalam menilai mana yang baik/benar dgn yang tidak.. kerana kita sendiri yang bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan. Saya cuma melihat berdasarkan bukti nyata dengan apa yang berlaku hari ini.

Adakah hukuman rejam dalam hadis itu juga satu penerangan dari Nabi SAW? begitu banyak ayat yang jelas dan mudah kita faham di dalam Al-Quran. Yang mana ianya jelas satu perintah… berapa peratus kita mampu melakukannya atau mahu mematuhinya? Tetapi kita berlebih-lebihan pula terhadap hadis. Pada saya secara peribadi, ikutlah apa yang dirasakan baik.. tapi ingatlah pesan Allah agar tidak melampaui batas. Dan diharap kita tidak melibatkan atau menggunakan nama Allah jika sesuatu itu tidak jelas apatah lagi jika tiada dalam Al-Quran.

Yaa.. mungkin kita tidak boleh mengikut akal logik semata-mata. tapi kita juga tidak boleh mematikan akal jika benar nak mencari ilmu. Terima kasih atas penjelasan saudara.

  

31 MALIK January 7, 2012 at 2:47 pm

mmg dari pandangan owg kafir nampak kejam…..tapi cuba bayangkan kita semua ni wanita dan suami kita berzina dengan wanita lain…..i think kita sendiri nanti rejam suami kita….time 2 x nampak plak kejam…..dari pandangan nmpk kejam tapi kita tahu ke yg dia 2 terseksa?mana tahu ALLAH cabut nyawa dia dengan lembut…..kita tahu ker dia sakit….mana tahu ALLAH x sakitkan dia waktu d rejam 2……ni semua ALLAH syg kan wanita….dia kasihan wanita di curang……jgn la hina islam….every WORD THAT CAME FROM ALLAH IS PERFECT…..THINK YOURSELF…….

  

Reply

32 insaf January 10, 2012 at 12:18 pm

semoga kita berada di bawah lindunganNya…aminnn

  

Reply

33 Al-jahil January 24, 2012 at 11:17 pm

Salam.Sama-samalah kite berdoa semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada Teman kite ( adoii)Dan semoga ampunkan dosa-dosa kita.buat adoi..ingatlah Allah…mungkin Kamu terlalu jauh dengannya..

  

Reply

34 Adoii January 26, 2012 at 12:22 am

Amin. terima kasih. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua tentang kebenaranNya yang Haq. Semoga kita juga tidak mematikan penglihatan, pendengaran, akal dan hati kita dengan hanya bergantung harap SEPENUHNYA pada orang lain untuk membawa kita kejalan yang benar tanpa kita sendiri berusaha mencarinya.

Kadang2 kita berkata inginkan sebuah negara yang berpandukan Al-Quran dan sunnah.. Tapi adakah benar kita menginginkan sebegitu kerana rata-rata lebih dilihat berpandukan kepada hadis dan guru masing-masing. Buktinya?? boleh tanya pada diri kita samada kita rujuk kembali sesuatu perkara yang telah diperdengarkan atau kita terus menganggap apa yang dikatakan itulah yang benar.

Masyarakat Islam sudah terlalu lama berpecah belah.. cukuplah.. jangan jadikan kewujudan Al-Quran itu suatu yg sia-sia. Didalamnya terdapat penjelasan, bukti dan pembeda. Jadi, bacalah.. bacalah.. bacalah dengan bahasa yang kita faham. InsyaAllah.

  

Reply

35 kadir February 3, 2012 at 3:09 pm

hukuman spt ini memang kejam dan tidak berperkemanusiaan..
setiap manusia tidak akan lari dari membuat kesilapan..
bukan hak manusia untuk menghukum sehingga sedemikian rupa..

memang betul makhluk yg bernama manusia selalu membuat celaka.
sentiasa merasakan diri sendiri betul.
suka membuat hukuman sendiri.

  

Reply

36 soso February 4, 2012 at 2:20 am

ini bukan hukuman yg manusia sng2 cipta, Allah da tetapkan dalam al-quran..jgn pertikaikan perintah Allah kalo anda beriman..tmbhan pula ini hnya sdikit jika nk dbndingkan dgn seksa Allah di akhirat kelak..

  

Reply

37 Adoii February 4, 2012 at 4:06 pm

hmm.. sorang lagi kata “Allah dah tetapkan dalam al-quran”.. mohon sharekan surahnya yg dikatakan ada dalam Quran.. Jika tiada, bermakna kamu telah berdusta dgn menggunakan nama Allah.. Harap dipertimbangkan akan akibatnya..

  

Reply

38 soso February 5, 2012 at 2:29 am

ok, jd apakah pndrian anda tntang hudud dan qisas?

  

39 soso February 5, 2012 at 3:07 am

rujuk pada surah An-Nur 1-19, Allah dah rgka hukum berzina kepada umat Islam dengan terang dan nyata.
kalo anda kata hudud xwjud mksd nye anda dah mnganggap terdpat klemahanlah pada islam sdgkan islam itu syumul..

  

40 soso February 4, 2012 at 2:16 am

subhanallah..kompem rakyat x brani nk zina punye mcm nih,.kes buang bayi pon xkn ade..haha..terbaek..allahuakbar!

  

Reply

41 Adoii February 5, 2012 at 7:57 pm

Terima kasih. saya tidak menolak hudud.. hudud memang ada dalam Al-Quran.. persoalannya adakah hukum rejam sampai mati seperti gambar diatas itu juga merupakan hukum Allah yg trdapat di dalam Al Quran??

Jika berdasarkan rujukan yg saudara beri juga bukan hukuman seperti gambar diatas. Atau saudara tetap mahu mengatakan ianya hukum Allah.. Jika saudara bersetuju dengan saya, disini kita boleh lihat bukti nyata yang rata-rata tegar mengatakan rejam itu adalah hukum Allah. Datangnya dari mana atau dari siapa? Mampukah kita menjalankan hukum hudud jika masih begini tanggapannya?

Saya pun bukanlah pandai sangat.. tapi saya akan mempersoalkan jika saya pasti ianya tidak benar. Melalui Al-Quran pun sedikit sebanyak mampu mmberikan kita pengajaran, penjelasan, peringatan dan sebagainya melalui ayat2Nya yg jelas. Ingin saya kongsikan bersama disini yang mana lebih kurang maksudnya..:

“.. itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah). ” – Al Baqarah/176

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” – Al Baqarah/42

  

Reply

42 soso February 5, 2012 at 9:04 pm

pd zahir ayt ni terangkan akn ktetapan hukuman keatas penzina2 iaitu 100 sebatan rotan tp tlah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie n penzina yang blum berkahwin dan yang tlah berkahwin. hkuman bg penzina yang tlah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w tlah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

laki ni direjam sbb dia SUDAH BERKAHWIN..rasullullah sndri mlalui sabdanya pun mghalalkan drah org2 yg sudah berkahwin mlakukan zina..jd ia dpndang sbg ksalahan yg sgt berat oleh baginda..tp msti mlalui 2 cara pghakiman iaitu pengakuan sndri pesalah atau pon 4 org saksi yg beriman..bkn sng2 je nk jtuhkan hkuman..

  

Reply

43 Adoii February 5, 2012 at 10:12 pm

hmmm… terserahlah jika itu pendiriannya… terpulang pd masing2 nak utamakan yang mana, KITAB ALLAH atau hadis. Yang jelasnya dalam Al-Quran tu tidak membezakan antara yg blum atau yg telah brkahwin.

Dan paling penting.. janganlah kita sewenang-wenangnya mengatakan sesuatu itu hukum Allah jika ianya TIADA dalam kitab Allah dengan mencampur adukkan apa yang ada dalam kitab Allah dengan hadis. Itu sahaja harapan saya. Terima kasih.

- Surah An Nur -
“Ini ialah satu ‘surah’ yang Kami turunkan, dan Kami WAJIBKAN hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya AYAT-AYAT KETERANGAN YANG NYATA supaya kamu beringat (mengamalkannya). (1)PEREMPUAN yang berzina dan LELAKI yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (2).”

  

Reply

44 Fealicia March 9, 2012 at 12:34 am

Ni nak tanya ada tak apa2 hukuman Untuk hukum diri sendiri?? saya rasa diri saya tak berguna lagi. saya tak kisah kalau mati di usia 16 tahun ni.
Saya lebih rela mati!! Walaupun saya tidak tahu apa kesalahan saya sanggup kawan baik saya khinati saya cam ni. Saya rasa tak berguna lagi hidup di dunia ini!!

  

Reply

45 Adi March 9, 2012 at 7:15 pm

Kadang2 kita rasa mati itu dapat menyelesaikan masalah kita.. tetapi adakah kita tahu bagaimana pula kehidupan kita setelah mati? adakah kita rasa bila kita mati, maka semuanya akan selesai? saya tidak tahu.. tapi saya tidak fikir ianya semudah itu. Dan kita tidak dapat kembali lagi setelah itu.

Usia 16 tahun masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Tambahan pula ianya turutan emosi. Jika kamu mahu tahu keputusan kamu hari ini tepat atau tidak.. tunggulah ketika diri kamu betul2 stabil dan dapat berfikir secara waras/matang.

Tapi jika kamu masih rasa mati itu jalan untuk kamu.. maka saya cadangkan kamu matikan diri kamu yang lama dan hidup sebagai orang baru agar dimasa akan datang kamu dapat tahu niat kamu hari ini berbaloi atau tidak. Bila dikatakan hidup sebagai orang baru bermakna ia harus menjadikan diri kamu lebih baik dari sebelumnya.

  

Reply

46 Fealicia March 13, 2012 at 11:02 pm

bila saya commnet saya tulis dengan keadaan rasional dan masih waras. Tak ada apa2 turutan emosi. Memang betul bila bunuh diri kita tak akan kembali balik ke dunia dan perbuatan itu jugalah kita tidak bole patah balik. Tetapi kalau mati di usia muda ni saya rasa lebih baik dari mati di usia pertengahan tahu. Mati di usia muda ni la cepat sikit masalah yan sedan saya hadapi sekaran ni terhapus serta merta tak payah nak fikir kan sangat. saya harap kematian saya ni akan diterima oleh tuhan Allah s.w.t

tima kasih.
salam

  

Reply

47 lalala March 20, 2012 at 4:00 pm

orang kafir selalu mengucapkan bahawa hukuman-hukuman islam seperti (gambar di atas) adalah kejam. lalu mereka (syaitan dan orang-orang kafir) membisik-bisik ke telinga orang islam dan bangsa mereka sendiri dengan tipu daya dan bisikan halus dan lembut, bahawa hukuman begitu tidak harus di laksanakan kerana kejam, ketinggalan zaman, menyeksakan manusia. lalu mereka ciptakan, undang – undang yang indah dan berwarna warni ciptaan mereka(orang kafir) dan di ajar kepada (hampir) seluruh dunia, bahawa undang – undang mereka adalah bertepatan dengan apa yang manusia (zaman “moden”) perlukan di mana yang bersalah di hukum, tetapi tiada kesan ke atas mereka dan masyarakat. kemudian, pesalah di bebaskan dengan penjara, bayaran denda berjumlah wang yang warna di cetak atas kertas kosong yang tiada nilai (sepatutnya) yang mana “wang” itu sangat-sangat mudah di cari. dan pesalah bebas dari hukuman, yang mana mereka akan merasakan diri telah bebas dari dosa setelah menjalani hukuman “moden” ciptaan mereka, lalu mereka keluar, dan kembali melakukan kemungkaran di atas bumi tanpa rasa segan dan malu, tanpa rasa sedikit pun penyesalan kerana, jika mereka ditangkap, hukuman yang perlu mereka jalani hanyalah penjara,bayaran “wang”, dan membuang masa berkali-kali ke mahkamah, tanpa sedikit rasa menyesal. dan kitaran hidup begitu berulang – ulang, ramai yang menjadi mangsa, tiada masalah yang selesai, cuma korban yang meningkat. dari bapa, bawa ke anak, melakukan kesalahan dan jalani hukuman yang tiada makna, seterusnya turun ke cucu, ke cicit dan generasi seterusnya. tiada yang insaf, tiada yang menyesal,tiada yang takut. kerana hukuman “moden” mereka mampu melindungi mereka dari menghadapi seksaan dari manusia lain, dan menyembunyikan mereka dari mendapat malu dari hukuman kejam di khalayak ramai.

  

Reply

48 lalala March 20, 2012 at 4:02 pm

@Felicia, tiada manusia yang tidak berguna di sisiNya. berdoa lah semoga di tunjukkan jalan dan di mudahkan urusan kehidupan kamu itu.

  

Reply

49 Ehem March 20, 2012 at 4:19 pm

kenapa manusia menolak hukuman-hukuman seperti ini?

- merasa selesa dengan undang2 orang kafir, yang mana telah lama mereka bisikkan dari zaman nenek moyang mereka, yang mana manusia tiada hak untuk ambil nyawa manusia, tetapi, adakah hukaman gantung itu tidak kejam? tidakkah ia mengambil nyawa manusia juga? jadi siapa yang menjalankan hukuman gantung? tuhan? manusia? atau siapa? hukuman gantung atau pancung bagi hukuman untuk si pembunuh, mana lebih kejam? cuba anda gantung seekor ayam , dan seekor lagi, anda sembelih ia dengan parang yang tajam. mana yang mati dulu? mana yang lebih terseksa?

- mereka mengatakan undang – undang itu ketinggalan zaman, manusia tiada hak mengambil nyawa ke atas manusia yang lain. jadi hakim yang menjatuhkan hukuman gantung tu siapa pula? manusia kah? haiwan kah? Tuhan? jadi siapa dia.

- apa anda boleh jadi insaf sekiranya anda hanya di kurung dalam tempoh yang lama dalam sebuah bilik yang berpintu besi? apa anda rasa rugi keluarkan wang dari bank semata-mata anda membayar wang denda yang entah kepada siapa wang itu di salurkan, dan untuk apa wang itu di belanjakan.

hukuman ketinggalan zaman, kolot, ini yang sebenarnya yang boleh memberi keselesaan kepada anda. suatu hari, anda terdengar di kawasan anda ada kejadian kecurian dan pecah rumah yang sering terjadi, kemudian anda pergi bekerja, di dalam fikiran anda, hanya memikirkan rumah anda,harta anda, anda takut rumah di masuki pencuri, harta anda di ambil. adakah benar undang2 moden yang anda banggkan itu benar2 beri keselesaan kepada anda? lihat sahaja sesetengah negara arab. mereka meninggalkan kedai-kedai mereka, rumah-rumah mereka untuk bersolat tanpa sebarang rasa risau di fikiran. apa anda tidak ingin melihat negara anda selamat seperti itu?

  

Reply

50 Fealicia March 20, 2012 at 6:25 pm

anda sekaran sedan bercoment di luar tajuk perbincangan.

  

Reply

51 renjer May 13, 2012 at 12:49 am

al-quran dengan hadis mana boleh dipisahkan encik adoii…
dalam al-quran tak de mandi jenazah,solat jenazah dan kebumikan jenazah..nanti kalu mati pesan jangan buat semua tu sebab tak de dalam al-quran…:)

  

Reply

52 Adi May 18, 2012 at 12:09 pm

:D .. Bukan semua dalam hadis tu boleh diguna pakai tuan renjer…
mandi jenazah, solat dan kebumikan tu bukan hukuman.. ni soal hukuman. Dalam al-quran dah ada, yg pi tambah2 lagi buat apa.

Kita nak ikut hadis 100% tapi tak mampu nak ikut al-quran 100%.. pikir sendiri la yg mana telah kita utamakan.

  

Reply

53 Anonymous May 18, 2012 at 2:34 pm

Besok mungkin hari terakhir saya sebagai agama islam atau sebaliknya. esok keputusan akan dikeluarkan dan hanya tuhan yang akan tentukan keputusan itu. jikalau keputusan itu lulus saya akan masuk murtad. tetapi jikalau keputusan itu tidak diluluskan saya 100% maksudnya saya dalam agama islam. saya harap keputusan esok dikeluarkan tidak lulus. saya masih sayan akan agama ini tetapi nasib saya sekaran berada di tangan keputusan esok.

  

Reply

54 al-jahil wal tukir September 5, 2012 at 9:19 pm

hmm.. biar la lambat reply tapi ingin bkongsi, tidak kah tuan@puan anonymous melihat sekeliling ttg kewujudan Allah SWT… sy pasti semua nya jelas. Islam shj dalam dunia ini yg punya hukum utk murtad, jd seharusnya mnunjukkan betapa kasihnya Allah kpd hambaNya. diberikn ganjaran blipat kali ganda bg amalan kebaikan ttp hanya satu balasan dosa bg tiap kejahatan yg kita lakukan. harap bersabar & dalami Islam insyaAllah

  

Reply

55 MALIK May 21, 2012 at 8:48 am

ANONYMOUS…..Y?
KENAPA NAK MURTAD??
APA YANG KURANG DALAM ISLAM?
RASULULLAH S.A.W MENANGIS TAW X BILA NAK WAFAT….
UMATTI…UMATTI…UMATTI…..
AYAT2 TERAKHIR DARI RASULULLAH…..
DIA CINTAKAN UMAT DIA……
JANGAN LAH SEDIHKAN RASULULLAH…
DAH BANYAK DUGAAN DIA NAK MASUKKAN ORANG KAFIR KE ISLAM…X KERANA DIA MUGKIN KITA SEMUA NI KAFIR….
KERAN DIA LAH KITA SEMUA ADA KALIMAH DALAM HATI KITA…
DIA USAHA MATI-MATIAN NAK KITA KE SYURGA KENAPA NK MURTAD….KEPUTUSAN DI TANGAN KITA BUKAN DI TANGAN ORANG LAIN…..
SYA MERAYU DARI HUJUNG KAKI SAMPAI KE HUJUNG RAMBUT JANGAN LA MURTAD….
JANGAN SIMPATI DENGAN KATA2 SAYA….
KENANG2 LAH JASA2 PARA2 ANBIYA…..
JASA2 RASULULLAH S.A.W…………
TOLONG LAH……
KITA ISLAM…MACAM MANA JAHAT PUN KITA TETAP AKAN DI MASUKKAN KE DALAM SYURGA…..
KALAU KAFIR ATAU MURTAD KITA AKAN DI JADIKAN ARANG2 KAYU DI NERAKA KELAK…….
TOLONG LA ANONYMOUS…….

  

Reply

56 anonymous May 21, 2012 at 2:46 pm

Malik. alhamdulillah keputusan permohonan saya ditolak dan allah s.w.t telah makbulkan permohonan itu untuk ditolak dan selamatkan saya untuk mermutadkan diri sendiri.

  

Reply

57 MALIK May 22, 2012 at 12:07 pm

anonymous…….amin!!
jangan risaw….
ALLAh pelihara kita………..
ALLAH sayang hamba dia 70x lebih banyak dari syang seorang ibu kepada anaknya….
banyak gunakan nama ALLAH dlm kehidupan kita……
contoh:
kita terjatuh,terkejut,sedih,ketawa…..
biasakan lah sebut ALLAHUAKBAR,SUBHANALLAH,MASYAALLAH,
ASTAGFIRULLAH,ALHAMDULILLAH….
benda2 kecil beginilah akan bawa kita kepada usaha untuk benda2 besar dalam ISLAM…
CUBA AMALKAN….
awak akan nampak perbezaan dlm hidup awak anonymous….
if anything u can email me at zafranarash88@gmail.com.my
i will give my contact number at my email…..
keep in touch..,
together we study about ISLAM…..

  

Reply

58 MALIK May 22, 2012 at 12:23 pm

KEPADA RAKAN2 KU YANG BERBIDAS BIDAS TENTANG AL-QURAN DAN HADIS….TAMATKANLAH BIDASAN U ALL…….
BIDAS2 LA TENTANG DIRI SENDIRI…AMALAN AMALAN KITA…
USAHA USAHA KITA UNTUK MAJU KE SYURGA…..
SEDANGKAN AMALAN KITA MASIH LAGI TERAPUNG……
USAHAKAN LAH AMALAN2 KITA….
TQ 4 EVERYONE….
I LOV U ALLL…..
—-{@ MALIK MOHD…..

  

Reply

59 Azwan November 4, 2012 at 8:24 am

Maaf. Kenyataan saudara langsung tidak berlandaskan FAKTA biologi. Saya sendiri pernah mengkaji endogenous retrovirus/retroelemen di University. Virus HIV tidak dapat di kesan oleh limfosit T4 kerana dinding virus HIV adalah sama dengan dinding sel limfosit tersebut. Malah, jikalau hukuman sebatan menyebabkan sel darah putih di perbanyakkan maka penghasilan virus melalui mekanisme retro trancribe akan berganda.

Saya tahu tujuan Encik murni namun janganlah kita berbohong dan memanipulasikan fakta yang sebenar hanya kerana mahu menang. Untuk berbuat baik maka kita perlu menggunakan jalan yang baik.

  

Reply

60 nur November 16, 2012 at 5:36 pm

Assalamualaikum…
=) alhamdulillah.. ada yg berani, ada yg berhujah n mengutarakan pndpt msing2.. 1st, sye minta maaf yee coz sye hnye pemerhati.. ape yg buat sye terkejut, bukan krn hukuman tu.. tetapi terkejut dengan kata-kata org kita lebih2 lagi yg beragama islam….. sye tertanya2, bagaimana seorang yg bkn islam yg keliru dgn tafsiran gambar di atas sedang membaca komen2 u ols… tak banyak tp sikit pun dh tercalar imej islam… cbe u ols fikir, mcm mne org luar nak respect dgn islam sdgkan kite sndiri masih jahil n membuat spekulasi yg bercanggah…..
bangga ke dgn zina?? “org alim pun x mampu jatuhkan hukuman ke atas ak”… woww… gerunn sye bce.. subhanallah, smoga Allah lembutkan hati awk =)… stp negara ade undang2 masing2.. mazhab juga berbeza.. ingat lg tak mse skolah kite ade belajar agama?? soalan sye 1 je, apekah hukuman bagi seorang pencuri?? Takkan msing2 tak ingat….. =) sye bukan ustazah… bukan lah gadis yg alim…. sye hnye lah gadis biase… ttp sye teringat ustaz d skolah pernah mengajar kite utk tidak mencuri… nanti kena potong tangan… hehehe… hukuman ini masih d jalankan d negara-negara islam khususnya d arab.. firman Allah:
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”

(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”

(Riwayat Bukhari Muslim)

Ringkasan sye simple je…. hukuman di atas tu x mustahil n tidak kejam krn Zina itu dosa besar.. ape yg nak d herankan if mencuri kne potong tangan, ape yg kamu harapkan dgn zina?? dunia ini bkn “Las Vegas” ttp pentas kite utk mnguji keimanan & ketaatan kpd Allah..

~ krn Hati Mati, manusia x takut dosa… krn d negara kite ni tak de hukuman sekejam itu, orang melayu islam x kisah nak melakukan zina merata dengan bangga nyer n berani mngaku kononnya org alim pun x mampu nak hukum… yelerrr.. mmang r.. smua org tahu.. cer hukuman ni ade kat malaysia.. berani kerr… =p sbb tu kes buang anak merata… (^.^)v

tepuk dada tanya hati……….

  

Reply

61 Msia December 31, 2012 at 3:14 pm

Tak ada guna hukuman camni dilaksanakan di Msia. Kalau zaman Nabi mungkin berkesan. Zaman sekarang penuh dgn rasuah dan fitnah. Sudah pasti yang lemah akan jadi mangsa. Saksi konon, video dan foto dpt diedit dgn teknologi sekarang. Bukan tidak mahu menyokong tapi saya risau golongan lemah lebih byk jadi kambing hitam kat m’sia nanti. Tak percaya? tunggu giliran korang kena pula laaa…

  

Reply

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: