(Gambar)Dividen Bank Rakyat 20%…Amat Mengagumkan..

by admin on March 26, 2012

in Berita Semasa

  • Sharebar

grey (Gambar)Dividen Bank Rakyat 20%...Amat Mengagumkan..

Bonus bagi pelabur-pelabur di Saham Bank Rakyat bakal mendapat faedah yang lumayan iaitu 20% dari jumlah pelaburan mereka.. Ianya amat memberansangkan lagi untuk mereka-mereka di luar sana yang belum membuat pelaburan untuk membuat pelaburan di Bank Rakyat..Dividen sebenar bagi pelaburan ini adalah 15% dan ditambah dengan bonus saham 5% berjumlah 20%…

KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.
 ”Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan,” katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. – BERNAMA
Penambahan untuk pelaburan di Bank Rakyat juga boleh dibuat bagi memperoleh lebih besar dividen…Lebih besar wang yang dilaburkan lebih besar dividen yang akan diterima tetapi ianya haruslah memohon untuk membeli syer terlebih dahulu.. Semua bergantung pada Bank Rakyat bagi sebarang penambahan pelaburan..
::P/S: Melaburlah untuk masa hadapan..Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit..Admin pun dah apply untuk tambah pelaburan ni…Anda bila lagi..Selagi peluang masih ada…
pixel (Gambar)Dividen Bank Rakyat 20%...Amat Mengagumkan..

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini

Previous post:

Next post: